|

PERISIAN HEBAT!
Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Apa
reaksi anda sekiranya membuka satu-satu laman web tiba-tiba muncul
satu nota memaklumkan sesuatu (seperti yang baru saja anda lihat contoh di web ini)? Sudah
tentu mata anda akan tertumpu kepada nota tersebut dan seterusnya
membaca isi kandungan nota yang dipaparkan.
Dalam
dunia yang serba canggih seperti hari ini, ramai orang ingin
bergerak pantas. Anda perlu sedar bahawa tidak semua pengunjung
laman web anda ingin membaca satu persatu apa yang ada di muka laman
web tersebut, apatah lagi jika penulisan atau ayat-ayat yang anda
gunakan baginya amat membosankan.
Anda
mesti menguasai terlebih dahulu apa yang akan dilihat kali pertama
oleh pengunjung bila mengunjungi laman web anda. Dengan ini, rasa
ingin tahu akan mendorong mereka untuk membuka pautan yang kita
cadangkan atau terus menghabiskan pembacaan tulisan yang ada di muka
laman web kita.
Oh..
mungkin anda akan kata yang anda boleh gunakan 'popup' menggunakan
java script atau sebagainya. Tapi sedarkah anda bahawa mengikut
kajian 86% pengunjung atau pengguna internet memasang "pop-up
blocker" di dalam komputer mereka. Dan sebilangan besar browser yang
terkini menyediakan "pop-up blockers". Oleh itu, pop-up
yang kita gunakan tadi tidak dapat dipaparkan. Ini akan merugikan anda.
Oleh
yang demikian, "Impact Popup" adalah satu-satunya jalan penyelesaiannya. Walaupun komputer/laptop
pengunjung mempunyai pop-up blocker dan mana-mana browser
menyediakan pop-up blocker, nota pop-up yang dihasilkan menggunakan Impact Popup tetap dipaparkan di laman
web anda (walaupun dari mana-mana komputer & laptop atau mana-mana
browser sekalipun), tanpa sebarang halangan.
Perisian ini amat sesuai jika anda mempunyai :
Web atau blog (sama ada persendirian, sekolah, syarikat, pertubuhan,
bisnes dan lain-lain)
Malah,
dengan adanya nota pop-up sedemikian, akan meningkatkan kredibiliti
web anda dan memberi keberkesanan maklumat yang maksimum kepada
pengunjung. Apatah lagi jika web anda berasaskan perniagaan.
"IMPACT POPUP sangat senang
digunakan. Jika anda tahu bagaimana untuk klik, copy dan paste, maka
sudah tentu anda boleh menggunakan perisian ini."
Impact Popup adalah sebuah aplikasi berasaskan WindowsTM
yang hanya memerlukan 5 langkah sahaja untuk menghasilkan satu
kehebatan dan pengalaman baru ini....

Pilih
10 rekabentuk nota yang disediakan untuk dipaparkan di web anda.


Seterusnya anda boleh gunakan kehebatan setting mengikut citarasa
anda sendiri. Salah satu kelebihan yang ada pada Impact Popup ialah
ia membenarkan anda menggunakan sebarang tulisan yang terdapat di
dalam komputer anda. Anda boleh memilih mana-mana tulisan (font) yang menjadi
pilihan atau kegemaran anda sendiri.


Anda
diberi pilihan untuk memilih bagaimana cara nota pop-up anda ingin dipaparkan.
Malah anda boleh setkan mana-mana URL untuk dipaparkan sebaik sahaja
pengunjung mengklik pada nota tersebut. Mudah dan menarik bukan?


Paparan seterusnya ialah memberi peluang kepada anda untuk melihat
bagaimana rupa nota yang anda hasilkan. Jika tidak berpuas hati dan
ingin mengubahnya, anda hanya perlu klik butang 'back' yang terdapat
pada paparan ini.


Untuk
langkah terakhir ialah di mana anda perlu simpan (save) hasil kerja
anda tadi dan dapatkan kod .html untuk di letakkan di dalam laman
web (di mana anda ingin nota ini dipaparkan).

Sebaik saja selesai, jangan berlengah lagi. Anda perlu segera
meletakkan nota ini di web anda, dan lihat bagaimana maklumbalas
pengunjung kepada tawaran yang anda tulis di dalam nota popup
tersebut.

|